SAO PAULO, 27 Mei - Hujan lebat dan banjir yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil meragut 169 nyawa sementara 56 orang masih hilang sejak ribut melanda negeri itu pada 29 April, menurut agensi Pertahanan Awam pada Ahad.
Lebih daripada 2.3 juta penduduk telah dipindahkan akibat banjir yang berterusan dan sungai yang melimpa dengan hampir 600,000 orang kehilangan tempat tinggal.
Rabu lepas sebuah pusat perlindungan sementara dibuka.
“Semuanya berlaku dengan pantas, (banjir berlaku) lebih pantas berbanding kali lepas,” kata pengarah pusat jagaan kanak-kanak itu, yang tidak menyatakan namanya.
Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya setahun diperlukan untuk membina semula infrastruktur yang rosak di ibu negeri, Porto Alegre dan 469 lagi majlis perbandaran.
Menurut ramalan cuaca, lebih banyak hujan dijangka turun minggu ini di Porto Alegre dan bandar-bandar utama lain di negeri itu, menyebabkan sekolah-sekolah akan ditutup selama 48 jam untuk mengurangkan risiko.
Rio Grande do Sul, yang bersempadan dengan Argentina dan Uruguay adalah hab pertanian penting di Brazil dan pengeluar utama beras di Amerika Latin. - REUTERS