BUKIT TINGGI, 14 Mei - Korban akibat banjir kilat dan lumpur di wilayah barat Sumatera meningkat kepada 52 orang. Manakala lebih 3,000 orang masih terperangkap dalam bencana berkenaan kata pihak berkuasa.
Hujan lebat pada petang Sabtu lalu menyebabkan kejadian banjir kilat, tanah runtuh aliran lava yang telah membeku mengandungi abu gunung berapi, batu-batuan dan air di tiga daerah Sumatera Barat.
Lebih 45 mangsa dikenal pasti identiti kata Jurucakap Agensi Bencana Alam barat Sumatera, Ilham Wahab. Para penyelamat termasuk pihak polis dan tentera Indonesia masih lagi mencari 17 mangsa yang dilaporkan masih hilang.
Aliran lava yang membeku yang dikenali di Indonesia sebagai lahar dipercayai datang dari Gunung Merapi, salah satu gunung berapi aktif di Sumatera. lebih daripada 20 orang terkorban ketika gunung berapi berkenaan meletus pada Disember tahun lalu. Sejak itu, beberapa siri letusan dilaporkan berlaku.-REUTERS