fb fb fb fb fb

Kehadiran Blinken di Kyiv, tanda solidariti AS terhadap Ukraine

Foto REUTERS

KYIV, 14 Mei - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken tiba di sini pada Selasa dalam lawatan pertamanya ke negara itu sejak Kongres AS menangguhkan pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$61 bilion terhadap Ukraine bulan lalu.

Lawatan terbaharu ini bertujuan bagi menunjukkan solidariti AS terhadap Ukraine yang bergelut dalam menghadapi siri pengeboman Rusia di tenggara sempadan negara berkenaan.

Blinken yang tiba di Kyiv menaiki kereta api pada pagi Selasa berharap kehadirannya adalah sebagai isyarat jelas sokongan AS kepada rakyat Ukraine yang sedang melalui tempoh sukar kata seorang pegawai AS yang memberi taklimat kepada wartawan yang melakukan perjalanan sama dengan Blinken dengan syarat namanya tidak didedahkan media.

"Misi Blinken di Kyiv adalah untuk memperkatakan pelaksanaan bantuan tambahan dan inisiatif bagi memperkuat barisan pertahanan di medan perang", kata pegawai AS berkenaan.

Tambah pegawai berkenaan, beberpa kelengkapan pertahanan seperti Artileri, peluru berpandu jarak jauh yang dikenali sebagai ATACMS dan peluru berpandu pemintas pertahanan udara yang diluluskan oleh Presiden AS, Joe Biden pada 24 April lalu sudah berada di tangan tentera Ukraine.

Dalam pada masa sama,Blinken akan cuba menyakinkan para pemimpin Ukraine termasuk Presiden Volodymyr Zelenskiy bagi menyokong A.S. dan menyampaikan ucapan yang tertumpu kepada masa depan Ukraine, kata pegawai itu lagi.

Pada Isnin, Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan berkata Washington cuba mempercepatkan "tempoh penghantaran" senjata ke Ukraine untuk membantu ia menangani kelemahan di medan perang menentang Rusia.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD