fb fb fb fb fb

AI, beri kesan besar kepada pasaran buruh global - IMF

Foto Reuters

ZURICH, 14 Mei- Gelombang kecerdasan buatan (AI) dijangka memberi kesan yang besar kepada pasaran buruh global.

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva berkata 60 peratus pekerjaan dalam ekonomi maju dan 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia dilapor bakal terjejas dalam tempoh dua tahun akan datang.

"Kita hanya terdapat sedikit masa untuk menyediakan orang ramai dan sektor perniagaan untuk menghadapi situasi ini. Ia boleh membawa peningkatan produktiviti yang luar biasa jika kita menguruskannya dengan baik," kata Georgieva dalam acara anjuran Institut Kajian Antarabangsa Switzerland bersama Universiti Zurich.

Selain itu, ia juga boleh membawa kepada lebih banyak maklumat salah dan ketidaksamaan dalam masyarakat.

"Ekonomi dunia menjadi lebih terdedah kepada kejutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, antaranya pandemik global pada 2020 serta peperangan yang tercetus di Ukraine," jelas Georgieva.

Walaupun beliau menjangkakan lebih banyak kejutan, terutama disebabkan oleh krisis perubahan iklim, sebaliknya AI kekal berdaya tahan.

Sepanjang ucapannya, beliau dicemuh oleh aktivis yang menggesa tindakan terhadap perubahan iklim dan menangani beban hutang di negara membangun.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM