GAZA, 29 Disember- Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin berkata hari ini konvoi bantuan diserang oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza, tanpa menyebabkan sebarang kecederaan.
“Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah konvoi bantuan ketika ia pulang dari utara Gaza di sepanjang laluan yang ditetapkan oleh tentera Israel.
Ketua konvoi antarabangsa kami dan pasukannya tidak cedera tetapi sebuah kenderaan mengalami kerosakan,” pengarah UNRWA di Gaza, Tom White, menulis di X.
Menurut UNRWA, kejadian itu berlaku pada petang Khamis.
Tentera Israel mengatakan bahawa mereka sedang meneliti laporan mengenai insiden itu.
Terdahulu pada Jumaat, ketua kemanusiaan PBB, Martin Griffiths, menulis catatan di X yang menggambarkan "situasi yang mustahil bagi penduduk Gaza, dan bagi mereka yang cuba membantu mereka".
Griffiths berkata bahawa konvoi bantuan telah ditembak, tanpa mengulas lanjut.
“Anda fikir mendapatkan bantuan ke Gaza adalah mudah? Fikir semula,” katanya. -AFP