fb fb fb fb fb

Kongres AS lulus larangan senapang serangan

(FOTO FAIL AFP)

WASHINGTON, 30 Julai - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengharamkan senjata api serangan buat kali pertama dalam tempoh beberapa dekad, susulan siri tembakan besar-besaran yang menakutkan di negara itu.

RUU itu diluluskan selepas 217 ahli Dewan menyokong dan 213 ahli lagi menolak dalam Dewan yang majoritinya ahli Demokrat dan kini RUU itu akan dibawa ke Senat, di mana ia kemungkinan besar akan gagal mendapat sokongan.

(Speaker Dewan Rakyat dari Demokrat, Nancy Pelosi / FOTO AFP)

Dalam Dewan Senat yang mempunyai 100 ahli, Demokrat hanya mempunyai 50 kerusi dan 10 undi Republikan diperlukan untuk membawa RUU itu ke peringkat untuk dipertimbangkan.

Speaker Dewan Rakyat dari Demokrat, Nancy Pelosi, menyifatkan RUU terbaru itu sebagai langkah penting dalam perjuangan berterusan terhadap 'wabak' maut keganasan akibat senjata api di AS.

Ia akan mengharamkan penjualan, import, pembuatan atau pemindahan senjata separa automatik tertentu seperti yang digunakan dalam tembakan besar-besaran di Buffalo, New York, Uvalde, Texas dan Highland Park, Illinois baru-baru ini.-AFP

Media Baharu