fb fb fb fb fb

Konflik Rusia-Ukraine: Turkiye gesa gencatan senjata segera

Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan/ AFP

ISTANBUL,16 Mei – Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan, menegaskan adalah amat penting untuk mencapai gencatan senjata secepat mungkin, semasa delegasi Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan pertama dalam tempoh lebih tiga tahun.

"Ketika perang terus meragut nyawa, adalah sangat kritikal untuk melaksanakan gencatan senjata secepat mungkin," katanya dalam ucapan pembukaan rundingan yang berlangsung di Istana Dolmabahce, Istanbul.

Beliau berkata rundingan itu harus menjadi langkah ke arah mempertemukan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

"Adalah sangat penting agar rundingan ini menjadi asas kepada pertemuan antara pemimpin.

"Kami benar-benar percaya bahawa keamanan boleh dicapai melalui rundingan yang membina," katanya. AFP

ROSLINA BINTI DIN