fb fb fb fb fb

Bangunan runtuh di Bangkok, 15 individu serah diri termasuk ahli perniagaan Thailand

Foto fail REUTERS

BANGKOK, 16 Mei – Ahli perniagaan Premchai Karnasuta, bersama 14 individu lain menyerah diri kepada pihak polis pada Jumaat berhubung insiden runtuhan bangunan di Bangkok yang meragut hampir 100 nyawa ketika gempa bumi kuat melanda pada bulan Mac lalu.

Thai Public Broadcasting Service (TPBS) melaporkan Premchai, yang juga Presiden syarikat pembinaan gergasi Italian-Thai Development, tiba di balai polis dengan kerusi roda dan dikelilingi pihak media.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan, Mejar Jeneral Noppasin Poonsawat, kesemua 15 suspek yang menyerah diri mempunyai kaitan dengan syarikat yang terlibat dalam reka bentuk dan pembinaan bangunan tersebut.

Suspek dituduh cuai serta melanggar peraturan pembinaan.

Tambahnya, terdapat juga penyelewengan dalam bahan binaan yang digunakan dan penyiasat juga menemui tandatangan palsu dalam dokumen kejuruteraan.

Insiden tragis itu menyebabkan bangunan setinggi 30 tingkat yang sedang dibina untuk menempatkan Pejabat Audit Negara itu runtuh ketika gegaran akibat gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 yang melanda negara jiran, Myanmar.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN