fb fb fb fb fb

Konflik Rusia-Ukraine: Lebih 26,000 orang masih hilang

(Foto AFP)

KIEV, 5 Oktober- Lebih 26,000 orang masih tidak dapat dikesan sejak Rusia melancarkan pencerobohan secara besar-besaran tahun lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Leonid Tymchenko berkata daripada jumlah tersebut 11,000 orang merupakan orang awam, manakala kira-kira 15,000 orang merupakan anggota tentera.

Data rasmi mengenai bilangan orang hilang sukar dianggarkan kerana Tentera Rusia masih menduduki sebahagian negara itu, selain kedua-dua pihak jarang mengemukakan data mengenai perkara tersebut.


(Foto AFP)

Dalam pada itu, Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Mariana Reva berkata angka tersebut merupakan data yang telah disahkan. Tambahnya, angka itu mungkin meningkat.

Sebilangan besar wilayah Ukraine kekal ditakluki Rusia sejak bermulanya perang Rusia-Ukraine yang telah memusnahkan bandar-bandar dan menyebabkan ribuan orang terkorban.

Pencerobohan Rusia bermula pada Februari tahun lalu.

Bagaimanapun, Ukraine bertindak melakukan serangan balas pada bulan Jun bagi merampas kembali wilayahnya, namun mengakui kemajuan yang perlahan apabila pasukannya berhadapan dengan kekuatan barisan pertahanan Rusia.-AFP

 

Media Baharu