BAITULMAQDIS, 16 Jun-Siren amaran kedengaran di Tel Aviv pada malam Ahad apabila beberapa peluru berpandu melintasi ruang udara bandar itu, susulan serangan berterusan antara Iran yang semakin memuncak.
Tentera Israel berkata peluru tersebut berjaya dipintas oleh sistem pertahanan negara berkenaan.
Namun, satu peluru dilaporkan jatuh di bandar Haifa, menyebabkan asap tebal kelihatan naik ke udara.
Beberapa minit kemudian, tentera Israel mengeluarkan kenyataan kepada orang awam bahawa mereka boleh meninggalkan tempat perlindungan, menandakan ancaman serangan peluru berpandu Iran berakhir buat masa ini.
Ketegangan ketenteraan antara Iran dan Israel meningkat sejak Jumaat, dengan kedua-dua pihak melancarkan serangan balas yang telah mengorbankan ramai orang awam dan mencetuskan kebimbangan terhadap konflik berskala lebih besar di rantau Asia Barat.-REUTERS