fb fb fb fb fb

Haifa jadi sasaran, krisis Iran-Israel kian parah

Foto REUTERS

HAIFA, 16 Jun – Pasukan paramedik Israel dikerahkan ke bandar Haifa selepas beberapa letupan berlaku pada Ahad, susulan serangan peluru berpandu Iran.

Rakaman oleh Reuters menunjukkan serangan peluru berpandu mengenai kawasan bandar berkenaan.

Serangan tersebut adalah sebahagian konflik antara Iran dan Israel yang kembali memuncak, menyaksikan ramai orang awam terbunuh dan menimbulkan kebimbangan akan tercetusnya konflik berskala besar di Asia Barat.

Sementara itu, di Washington, dua pegawai Amerika memberitahu Reuters bahawa Presiden Donald Trump telah menggagalkan rancangan Israel baru-baru ini untuk membunuh Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, bagi mengelakkan ketegangan meningkat ke tahap kritikal.

Sebelum ini, Israel telah melancarkan “Operasi Rising Lion” pada pagi Jumaat, yang menyasarkan dan memusnahkan beberapa pemimpin tertinggi tentera Iran serta merosakkan tapak nuklear negara itu.

Sebagai tindak balas, Iran memberi amaran bahawa mereka akan "mengadakan serangan besar-besaran menandakan permulaan kepada konfrontasi paling besar antara dua musuh tradisi itu.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD