fb fb fb fb fb

Konflik Israel-Iran: Ratusan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Beirut

Foto Reuters

BEIRUT, 16 Jun - Perkhidmatan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut, Rafic Hariri mengalami gangguan besar pada Isnin susulan ketegangan yang memuncak antara Israel dan Iran, menyebabkan ramai penumpang terkandas akibat pembatalan dan kelewatan penerbangan.

Situasi itu berlaku selepas Israel mengumumkan bahawa ia telah melancarkan serangan terhadap kemudahan nuklear, kilang peluru berpandu balistik dan panglima tentera Iran, dalam apa yang disifatkan sebagai permulaan operasi ketenteraan jangka panjang bagi menghalang Tehran membangunkan senjata nuklear.

Sebagai langkah keselamatan, beberapa syarikat penerbangan utama termasuk Emirates telah menangguhkan sementara semua penerbangan ke Jordan dan Lubnan sehingga 22 Jun, serta ke Iran dan Iraq sehingga 30 Jun.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN