TEHRAN, 16 Jun- Rejim Israel telah melancarkan serangan ke atas ibu pejabat televisyen kebangsaan Iran, Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB), ketika program sedang disiarkan secara langsung.
Menurut Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) siaran langsung di Saluran Berita IRIB terganggu seketika namun berjaya disambung semula beberapa minit kemudian.
Letupan juga boleh didengari di tempat lain di seluruh ibu negara, termasuk di barat, di mana awan asap hitam berkepul ke langit. -BERNAMA-IRNA, AFP