fb fb fb fb fb

Konflik Israel-Hamas, China gesa perang ditamatkan

Foto AFP

BEIJING, 30 November- Kementerian Luar China pada Khamis menggesa "gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan" terhadap konflik Israel-Hamas, menerusi satu kenyataan.

"Pihak-pihak yang terlibat dalam konflik harus segera menyedari tentang gencatan senjata kemanusiaan yang tahan lama dan berterusan."

Ia menyeru "gencatan senjata secara menyeluruh dan menamatkan pertempuran", kata dokumen itu.

China turut menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk menghantar mesej yang jelas menentang pemindahan paksa penduduk awam Palestin serta menyeru pembebasan semua orang awam dan tebusan yang ditahan.

"Badan itu juga mesti menuntut supaya pihak-pihak yang terlibat dalam konflik menjalankan sekatan untuk menghalang konflik daripada meluas dan menegakkan keamanan dan kestabilan di Asia Barat," jelas kenyataan itu lagi.

China berkata minggu lalu ia mengalu-alukan gencatan senjata antara Israel dan Hamas, yang bermula pada Jumaat dan menyebabkan berpuluh-puluh tebusan dibebaskan dan pembebasan lebih 100 tahanan Palestin.

Gencatan senjata yang dijadual berakhir awal Khamis, telah menghentikan sementara pertempuran yang bermula sejak 7 Oktober lalu.

China bersimpati kepada perjuangan Palestin dan menyokong penyelesaian dua negara untuk konflik Israel-Palestin.

Presiden China, Xi Jinping telah menggesa satu persidangan keamanan antarabangsa diadakan untuk menyelesaikan pertempuran itu.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM