fb fb fb fb fb

Kejam! Tentera Israel tembak mati dua kanak-kanak Palestin

FOTO REUTERS

TEBING BARAT, 30 November- Kekejaman Israel ternyata tiada hentinya apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menjadi bukti dua kanak-kanak lelaki ditembak mati oleh tentera zionis di bandar Jenin di sini.

Satu video menunjukkan beberapa kanak-kanak berlari sebelum salah seorang daripadanya terjatuh akibat ditembak zionis pada kira-kira pukul 2.19 petang semalam waktu tempatan.

Seorang lagi kanak-kanak kemudian menarik mangsa ke tepi dan melambai meminta bantuan, selain kesan darah dapat dilihat di atas jalan terbabit.

Sementara itu, satu lagi video turut menunjukkan seorang kanak-kanak rebah selepas menjadi sasaran beberapa das tembakan zionis pada hari sama.

Pihak berkuasa Palestin mengesahkan dua kanak-kanak itu dibunuh oleh tentera Israel. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA