fb fb fb fb fb

Konflik India- Pakistan: Semakin banyak syarikat penerbangan menggantung , ubah laluan

Tangkap layar status Air India berkaitan pembatalan penerbangan/RTM

INDIA, 7 Mei - Susulan ketegangan India-Pakistan, semakin banyak syarikat penerbangan antarabangsa umum menggantung atau mengubah laluan penerbangan mereka.

Air India mengumumkan pembatalan semua penerbangan masuk dan keluar dari sembilan bandar, termasuk Jammu, Srinagar dan Leh di Kashmir , Jamnagar, Rajkot dan Bhujuj di negeri Gujarat, serta Amritsar di negeri Punjab, barat laut India.

Syarikat penerbangan itu berkata laluan itu akan digantung sehingga tengah hari Rabu, bergantung kepada maklumat terkini daripada pihak berkuasa.

SpiceJet dan IndiGo India pula memaklumkan penerbangan ke dan dari destinasi di utara India, termasuk Jammu dan Dharamshala, telah terjejas.

Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan mengumumkan pengalihan penerbangan sedia ada melalui udara ke Karachi.

Qatar Airways pula menangguhkan sementara penerbangan ke Pakistan kerana penutupan ruang udara Pakistan.- ALJAZEERA

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN