fb fb fb fb fb

Konflik di Myanmar, saran dialog terbuka - junta

MYANMAR, 2 Julai - Tiada yang mustahil dalam politik, termasuk menamatkan krisis dalaman di Myanmar.

Demikian dinyatakan jurucakap junta Zaw Min Tun, ketika ditanya pemberita sama ada pihak junta bersedia berdialog dengan bekas Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi untuk menamatkan konflik.

(FOTO FAIL)

Meskipun tidak memberikan butiran terperinci, Min Tun berkata beberapa negara telah menggesa pihak tentera supaya mengadakan dialog terbuka.

Setakat ini usaha diplomatik yang diketuai ASEAN masih belum berhasil menamatkan konflik di Myanmar. - AFP

Media Baharu