MANILA, 12 Julai- Filipina menolak sebarang percubaan untuk menjejaskan kepentingan negaranya, terutamanya penggunaan kekerasan di Laut China Selatan yang dipertikai, kata Penasihat Keselamatan Negara, Eduardo Ano pada Jumaat.
"Kami menolak sebarang percubaan untuk menafikan agensi strategik kami terutamanya dengan menggunakan kekerasan yang bertujuan untuk memaksa dan menundukkan kepentingan nasional Filipina," kata Ano.
Ano berkata demikian dalam forum sempena ulang tahun ke-8 keputusan Mahkamah Timbang Tara Tetap bahawa tuntutan meluas China di Laut China Selatan tidak mempunyai asas undang-undang.
Tambah Ano, Filipina komited dengan keputusan itu demi tujuan keamanan.
"Kami komited untuk menangani dan mengurus isu sukar melalui dialog dan melalui diplomasi."
China, yang mengekalkan bahawa tindakannya di Laut China Selatan adalah sah dan profesional, tidak mengiktiraf keputusan 2016.- REUTERS