fb fb fb fb fb

COVID-19: Kematian berterusan kira-kira 1,700 seminggu- WHO

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus/ REUTERS

GENEVA, 12 Julai- COVID-19 masih menyebabkan kematian kira-kira 1,700 orang seminggu di seluruh dunia, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, sambil menggesa penduduk berisiko untuk mengikuti vaksinasi mereka terhadap penyakit itu.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran mengenai penurunan liputan mengenai vaksin.

"Walaupun angka kematian berterusan, "data menunjukkan bahawa liputan vaksin telah menurun dalam kalangan pekerja kesihatan dan orang yang berumur lebih daripada 60 tahun, yang merupakan dua daripada kumpulan paling berisiko.

"WHO mengesyorkan bahawa orang dalam kumpulan berisiko tinggi menerima vaksin COVID-19 dalam tempoh 12 bulan dari dos terakhir mereka," katanya dalam sidang akhbar.

Lebih daripada tujuh juta kematian COVID-19 telah dilaporkan kepada WHO, walaupun jumlah sebenar wabak itu dianggap jauh lebih tinggi.

Virus itu juga merosakkan ekonomi dan melumpuhkan sistem kesihatan seluruh dunia.

Tedros mengisytiharkan penamatan COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan awam antarabangsa pada Mei 2023, lebih tiga tahun selepas virus itu mula-mula dikesan di Wuhan, China, pada akhir 2019.

WHO telah menggesa kerajaan untuk mengekalkan pengawasan virus itu dan memastikan akses kepada ujian, rawatan dan vaksin yang berpatutan dan boleh dipercayai.-AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI