fb fb fb fb fb

Konflik berdarah Thailand-Kemboja masih berlarutan

Thailand-Kemboja masih saling menyerang ketika ini/Foto Reuters

BATTAMBANG, 27 Julai - Pertempuran antara pasukan tentera Thailand dan Kemboja masih berlarutan.

Kedua-dua belah pihak mendakwa serangan dilakukan bagi mempertahankan diri dan menyeru pihak lawan untuk menghentikan pertempuran dan memulakan rundingan.

Dalam perkembangan terbaharu, lebih 30 orang terbunuh dan 130, 000 penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.

Pertempuran baharu ini merupakan konflik terburuk antara negara Asia Tenggara dalam tempoh 13 tahun.

Skuad Pemusnah Bahan Letupan Thailand telah menyiasat tempat kejadian enam orang terbunuh di sebuah stesen minyak di daerah Kantharalak di wilayah Sisaket Thailand, selepas tentera Kemboja melancarkan roket sehari sebelumnya.-REUTERS

ASHRIQ FAHMY AHMAD