fb fb fb fb fb

Kilang Tesla di Texas terima panggilan ancaman tembak - polis

TEXAS, 28 Julai- Polis di Texas sedang menyiasat panggilan 911 yang melaporkan ancaman tembak di sebuah loji besar Tesla kata pihak berkuasa.

Menurut jurucakap pejabat syerif daerah Travis menjawab panggilan kecemasan itu kira-kira pukul 5.00 pagi waktu tempatan. Panggilan itu diterima daripada seorang penembak di kilang Tesla Gigafactory di Austin, Texas.

Bagaimanapun, pihak polis telah memeriksa kawasan loji besar tersebut namun tidak menemui penembak, ancaman atau kecederaan.

Pekerja di dalam kilang itu menerima e-mel mengatakan, "ada seorang penembak berada di kawasan berhampiran lokasi lajur 35Z di Kilang Giga Texas. Sila dapatkan perlindungan dan tunggu maklumat lanjut."

Pejabat polis memaklumkan, panggilan telefon itu sedang disiasat.- REUTERS

(Pemandangan kilang Tesla di Austin, Texas/REUTERS)

Media Baharu