(Setem khas yang dikeluarkan Ukraine mendapat sambutan hangat rakyatnya khusus pengumpul setem/REUTERS)
KIEV, 16 April- Kilang pembuatan aset ketenteraan Ukraine di bedil bom Rusia.
Kementerian Pertahanan Rusia menyebut mereka menggunakan senjata berskala jarak jauh untuk memusnahkan kemudahan ketenteraan di Kiev.
Serangan melibatkan ibu negara Ukraine adalah antara yang pertama sejak konflik itu mula tercetus pada Februari.
Serangan Rusia pada Jumaat itu memusnahkan kemudahan bagi pembuatan peluru berpandu.
(FOTO AFP)
Sementara itu, susulan kapal perang milik Rusia, Moskva karam di Laut Hitam, Ukraine telah mengeluarkan setem khas mengenai insiden itu.
Moskva merupakan kapal peluru berpandu terbesar era Soviet yang karam ketika berpatah balik ke pelabuhan ditambah dengan cuaca ribut.
Kapal Moskva dilengkapi sistem persenjataan peluru berpandu yang menjadi armada laut utama Moscow dalam kempen serangan terhadap Ukraine.
Orang ramai beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan koleksi khas setem berkenaan.
Bagi peminat setem, ia merupakan hari bersejarah dan setem berkenaan harus disimpan sebagai kenang-kenangan masa hadapan.-AFP