fb fb fb fb fb

Khartoum tuduh Kenya perantara salur senjata kepada RSF

Foto AFP

PORT SUDAN, 25 Jun - Kerajaan Sudan yang disokong tentera menuduh Kenya menjadi perantara bagi penghantaran senjata dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada kumpulan Rapid Support Forces (RSF).

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Sudan berkata pihak tentera telah menemui senjata berlabel Kenya dalam simpanan senjata RSF di Khartoum bulan lalu.

Susulan itu hubungan Sudan dengan Kenya kian tegang selepas negara itu dilihat mesra kepada RSF termasuk membenarkan pemimpin kumpulan tersebut tinggal di negara itu. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN