fb fb fb fb fb

Turkmenistan buka sempadan, warga AS tinggalkan Iran

Foto AFP

WASHINGTON, 25 Jun - Turkmenistan membuka sempadannya kepada rakyat Amerika Syarikat yang ingin meninggalkan Iran susulan pengeboman Israel.

Menerusi kenyataan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), kebanyakan rakyatnya di Iran merupakan warganegara dua kerakyatan.

“Kami telah memaklumkan kepada semua warga Amerika di Iran yang ingin keluar untuk ke sempadan Turkmenistan yang kini dibuka,” jelas kenyatan tersebut.

Turkmenistan berkongsi sempadan sepanjang 1,148 kilometer dengan Iran.

Negara itu pada awalnya enggan membenarkan kemasukan rakyat AS, namun bersetuju hujung minggu lalu selepas menerima rayuan dari Washington. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN