fb fb fb fb fb

Ketua pembangkang Sepanyol umum hasrat bentuk kerajaan baharu

(Pemimpin pembangkang konservatif Sepanyol Parti Rakyat (PP), Alberto Nunez Feijoo/ REUTERS)

MOSCOW, 24 Julai- Pemimpin pembangkang konservatif Sepanyol Parti Rakyat (PP), Alberto Nunez Feijoo mengumumkan beliau akan membentuk kerajaan baharu selepas partinya memenangi pilihan raya awal, lapor Sputnik.

Berdasarkan kiraan undian rasmi terkini, dengan lebih 99 peratus undi selesai dikira, PP memenangi 136 kerusi di Parlimen, manakala Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) yang diketuai Perdana Menteri Pedro Sanchez memperoleh 122 kerusi.

Parti berhaluan kiri Sumar mendapat 31 kerusi, manakala parti berhaluan kanan VOX memperoleh 33 kerusi.

"Saya akan mengetuai dialog untuk membentuk kerajaan mengikut kehendak majoriti rakyat Sepanyol dalam pilihan raya pada Ahad," kata Feijoo dalam ucapan di ibu pejabat PP.
- BERNAMA-SPUTNIK

(Alberto Nunez Feijoo pada perhimpunan kempen pembukaan menjelang pilihan raya mengejut 23 Julai,
di Castelldefels, Sepanyol, 6 Julai 2023/ REUTERS)

Media Baharu