(FOTO AFP)
BAMAKO, MALI, 24 Julai- Ketua junta tentera Mali, Kolonel Assimi Goita menerima pakai Perlembagaan baharu kontroversi, selepas keputusan pungutan suara menyokong pindaan perkara berkenaan.
Keputusan referendum Jun, yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan 96.91 peratus undian menyokong pindaan yang akan memberi laluan kepada pilihan raya parlimen dan presiden yang demokratik.
Bagaimanapun, menurut Mahkamah Perlembagaan, jumlah penyertaan dalam referendum itu hanya 38.23 peratus.
(Ketua junta tentera Mali, Kolonel Assimi Goita/ AFP)
Di bawah Perlembagaan yang dicadangkan untuk menggantikan teks dari 1992, peranan presiden dan tentera akan diperkukuh dengan ketara dengan mengorbankan Parlimen.
Tentera akan diamanahkan dengan "pelaksanaan undang-undang".
Manakala presiden mendapat kuasa ke atas perdana menteri dan Kabinet.
Goita, pemimpin yang merampas kuasa pada 2021 dan isytihar dirinya sebagai presiden sementara mengumumkan kelulusan Perlembagaan itu.
Namun, masih belum menyatakan sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden.- AFP