fb fb fb fb fb

Elon Musk tukar logo burung Twitter dengan X

(Logo baharu Twitter dilihat ditayangkan di bangunan ibu pejabat korporat di pusat bandar
San Francisco, California/ REUTERS)

LOS ANGELES, 24 Julai- Hartawan dan pemilik platform media sosial Twitter, Elon Musk telah menggantikan logo burung ikonik Twitter dengan logo baharu iaitu 'X'.

Musk membuat pengumuman mengejutkan mengenai rancangannya semalam dan dilihat melakukan penjenamaan pada pagi Isnin.

Dalam sebuah ciapan, Musk menulis Twitter.com kini dikenali sebagai X.com.

Beliau turut berkongsi foto ibu pejabat Twitter yang diterangi oleh logo X gergasi baharu.


(FOTO REUTERS)

Ia dilihat perubahan terbesar terhadap Twitter sejak beliau ambil alih platform media sosial tersebut tahun lalu.

Sejak membeli Twitter Oktober tahun lalu, syarikat itu sudah menukar nama perniagaannya kepada X Corp, mencerminkan visi hartawan itu untuk mencipta "aplikasi hebat" seperti WeChat di China.

Syarikat itu dikritik apabila Musk mengumumkan awal bulan ini bahawa Twitter menghadkan bilangan kiriman tweet setiap hari yang boleh dibaca oleh pelbagai akaun.

Had harian itu bagaimanapun membantu memacu pertumbuhan pesaing Meta, Threads, yang sudahpun melepasi 100 juta pendaftaran dalam tempoh lima hari sejak ia dilancarkan.-REUTERS



Media Baharu