fb fb fb fb fb

Penahanan Travis King, perbincangan dengan Korea Utara dimulakan- PBB

(Perbincangan telah bermula antara Komando dan Korea Utara mengenai kes tentera AS, Travis King / REUTERS)

SEOUL, 24 Julai- Pasukan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) telah memulakan perbincangan dengan Korea Utara berhubung kes tentera Amerika Syarikat, Travis King yang menyeberang sempadan.

Menurut Leftenan Jeneral Andrew Harrison, ia masih di peringkat permulaan dan tidak banyak perkara yang boleh dikongsikan.

Ujarnya, perkara yang kini menjadi keutamaannya adalah kesihatan dan kebajikan Travis yang kini dalam tahanan.

"Dan perbualan telah dimulakan dengan KPA (Tentera Rakyat Korea) melalui mekanisme perjanjian Gencatan Senjata."

"Saya tidak akan dan saya tidak boleh mengatakan apa-apa yang boleh menjejaskan proses itu," katanya.

Travis yang dalam sesi lawatan ke kawasan sempadan mengambil tindakan sendiri dengan menyeberangi sempadan kemudian ditahan tentera.

Sehingga kini Korea Utara masih mengunci mulut berhubung hal tersebut. - REUTERS


(Travis King/ REUTERS)

 

Media Baharu