fb fb fb fb fb

Kes tikam orang awam di Seattle, suspek berjaya ditahan polis

Foto Reuters

SEATTLE, 9 November- Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki menikam lima orang awam di pusat bandar Seattle, pada Jumaat.

Pihak berkuasa keselamatan turut mempercayai bahawa suspek adalah individu sama yang terbabit dalam lima lagi kes di Chinatown, sejak awal pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Seattle, Eric Barden memaklumkan motif serangan suspek adalah secara rawak dan seorang telefon bimbit mangsa turut dirompak.

"Setiap mangsa ditikam satu kali dan sembilan daripada 10 sasaran adalah lelaki," kata Barden.

Kesemua mangsa dilapor mengalami kecederaan termasuk luka kecil dan juga ada yang parah, dengan empat daripada mangsa dibawa ke hospital pada Jumaat.

"Ini adalah satu tragedi yang ngeri, satu kejadian jenayah besar-besaran," kata Barden.

Pegawai penangkap menemui senjata berhampiran suspek dan sebilah pisau kekal di badan salah seorang mangsa.

"Beberapa mangsa secara visual mengenal pasti suspek selepas penahanannya," kata Barden.

Jenayah tikam itu adalah diluar kebiasaan di Amerika Syarikat (AS) manakala jenayah tembakan beramai-ramai merekodkan kes tertinggi.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM