ILLINOIS, 25 November - Morgan Geyser, 22, yang disabitkan kesalahan menikam rakan sekelas darjah enam pada 2014 untuk menuruti kehendak watak seram fiksyen "Slenderman", ditahan selepas melarikan diri dari pusat pemulihan di Madison, Wisconsin.
Geyser dipercayai memotong gelang pemantauan Jabatan Pemulihan sebelum melarikan diri dan ditemukan di belakang hentian lori di Posen bersama seorang lelaki berusia 42 tahun, yang turut ditahan.
Tertuduh mengaku bersalah pada 2017 atas cubaan membunuh rakan sekelasnya, Payton Leutner, yang ditikam 19 kali, dan dijatuhi hukuman 40 tahun di institusi mental negeri atas alasan masalah mental.
Siasatan mendedahkan Geyser dan rakan sekelasnya, Anissa Weier, ketika berusia 12 tahun, memujuk Leutner ke hutan untuk menyerangnya.-REUTERS