GENEVA, 7 April- Kes COVID-19 di seluruh dunia dilaporkan turun sejak dua minggu kebelakangan ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, situasi sama turut berlaku terhadap kes kematian yang berkurangan minggu lalu.
Menurut laporan terkininya, WHO mendedahkan sembilan juta kes dilaporkan, penurunan 16 peratus, selain lebih 26,000 kes kematian baharu.
Namun tindakan beberapa negara menghentikan ujian saringan COVID-19 menyebabkan penurunan statistik itu tidak dapat dipastikan kerana kebarangkalian kes positif yang tidak dapat dikesan.
(FOTO AFP)
Malah, WHO menjangka varian Omicron yang pertama kali dikesan di Britain Januari lalu, 10% lebih mudah merebak daripada varian sebelumnya.
Untuk kepastian, lebih banyak kajian dan bukti mengenainya perlu diperoleh.
Amaran turut diberi kepada semua negara agar tidak menamatkan arahan kawalan pandemik secara terburu-buru kerana varian COVID-19 dikhuatiri boleh merebak dengan mudah jika kawalan dilonggarkan.
Susulan situasi itu juga, WHO melihat peningkatan kes di China menyaksikan negara itu melaksana ujian besar-besaran di seluruh Shanghai dengan meneruskan perintah berkurung. -AFP