fb fb fb fb fb

Kes cacar monyet di AS meningkat

LOS ANGELES, September - Amerika Syarikat (AS) mencatatkan hampir 24,000 kes cacar monyet setakat Isnin, menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Mengikut data CDC, California merekodkan kes paling tinggi setakat ini, dengan 4,656 kes, diikuti New York 3,755 kes dan Florida 2,398, lapor Xinhua.

Jangkitan cacar monyet jarang membawa maut, dengan kebanyakan kes dapat diselesaikan dalam masa dua hingga empat minggu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit itu mempunyai kadar kematian sekitar 3 peratus hingga 6 peratus.

(FOTO REUTERS)

Walau bagaimanapun, individu imunokompromi berkemungkinan mengalami kesan teruk jika dijangkiti.

Virus sentiasa terdedah menjangkiti manusia dan mengatasi ubat dan vaksin baharu, menurut CDC.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS memberi amaran bahawa ubat antivirus, yang dikenali Tecovirimat, boleh terdedah juga kepada virus tersebut.

Meskipun virus bermutasi pada skala kecil, ia boleh menyebabkan ubat tidak berkesan. - BERNAMA

Media Baharu