fb fb fb fb fb

SECA, antara Korea Selatan dan Ecuador pada Selasa

SEOUL, September - Korea Selatan dan Ecuador memulakan rundingan kali ketujuh pada Selasa, mengenai pembentukan perjanjian perdagangan bebas dua hala, kata kementerian perdagangan di sini.

Yonhap melaporkan kedua-dua negara melancarkan rundingan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Strategik (SECA) iaitu pakatan perdagangan bebas, pada tahun 2016 dan lima rundingan telah berlaku pada tahun itu.

Rundingan kali keenam berlangsung pada bulan Julai selepas tidak diadakan selama enam tahun.

(FOTO HIASAN)

Pusingan terbaharu rundingan akan diteruskan hingga 5 Oktober, dan ia akan berlangsung secara maya, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.

Pelbagai isu perdagangan melibatkan barangan perkilangan, perkhidmatan dan perolehan, serta cara untuk bersama-sama bertindak balas terhadap gangguan rantaian bekalan akan dibincangkan, kata kementerian itu.

"Kedua-dua negara mempunyai hubungan perdagangan yang saling melengkapi. Kami akan mempercepatkan rundingan kali ini berdasarkan momentum yang baharu," kata seorang pegawai kementerian. - BERNAMA

Media Baharu