fb fb fb fb fb

AS bebas tahanan Taliban

KABUL, 20 September - Seorang tokoh kanan Taliban, Bashir Noorzai dibebaskan selepas beberapa dekad ditahan oleh Amerika Syarikat (AS).

Bashir tiba di Afghanistan semalam, selepas Kabul dan Washington bersetuju melaksanakan pertukaran banduan.

Kerajaan Taliban membebaskan Mark Frerichs, yang bekerja sebagai jurutera awam dalam projek pembinaan di Afghanistan sebagai pertukaran.

"Selepas rundingan panjang, warga AS Mark Frerichs diserahkan kepada delegasi Amerika dan delegasi itu menyerahkan (Noorzai) kepada kami di lapangan terbang Kabul," kata Menteri Luar Afghanistan Amir Khan Muttaqi dalam sidang media.

(FOTO AFP)

"Kami gembira kerana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul, di ibu negara Afghanistan, melakarkan suasana gembira, menyaksikan rakan senegara kami selamat pulang ke tanah air."

Sementara itu, Frerichs diterbangkan ke Qatar, kata seorang pegawai AS, sambil menambah bahawa dia "kesihatanya dalam keadaan stabil."

Kejayaan pertukaran itu dilihat dapat membuka laluan perdamaian antara kedua-dua negara.

Media tempatan melaporkan, Bashir antara warga Afghanistan terakhir yang ditahan di kem tahanan Teluk Guantanamo. - AFP

Media Baharu