fb fb fb fb fb

Kerjasama Menteri kewangan UK dan gabenor Bank England - sumber

(Andrew Bailey/REUTERS)

LONDON, 18 Mac- Menteri Kewangan Britain Jeremy Hunt dan Gabenor Bank England Andrew Bailey sentiasa berhubung berkenaan nasib Kumpulan Kredit Suisse AG, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Kumpulan UBS AG sedang mempertimbang pengambilalihan saingan Switzerland Credit Suisse.

Menurut sumber lain memberitahu Reuters pada Sabtu, krisis keyakinan terhadap bank berisiko menjejaskan kestabilan sistem kewangan global.

Jurucakap Perbendaharaan enggan mengulas berkenaan perkara itu.

Jurucakap Pihak Berkuasa Peraturan Prudential Bank of England, yang menyelia pemberi pinjaman, turut enggan mengulas.

UK telah menjadi pasaran utama bagi pemberi pinjaman Switzerland.

Entiti UK Credit Suisse, Credit Suisse International, mempunyai $60 bilion aset berwajaran risiko, menurut pemfailan terbaru syarikat itu.

Bank itu juga mempunyai $44.6 bilion aset berwajaran risiko dalam unit Amerika Syarikat.- REUTERS

(Jeremy Hunt/REUTERS)

Media Baharu