fb fb fb fb fb

Kerja pembinaan kerajaan pusat Indonesia bermula Ogos

(Foto fail/ AFP)

JAKARTA, 24 Jun- Kerja pembinaan kawasan kerajaan pusat Indonesia di Nusantara, Borneo akan dimulakan, Ogos ini.

Menurut Menteri Kerja Raya dan Perumahan, Basuki Hadimuljono, fasa awal pembinaan akan ditumpukan kepada Istana Negara dan infrastruktur, termasuk bekalan air bersih, saliran, sanitasi dan jalan bertol.

(Tangkapan udara menunjukkan jalan raya lengang di ibu kota Indonesia Jakarta pada 10 April 2020, ketika pandemik COVID-19/ AFP)

Kawasan kerajaan pusat itu juga merangkumi pejabat naib presiden, bangunan perundangan dan kehakiman, serta pejabat-pejabat kementerian.

April lalu, Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati mengumumkan peruntukan sehingga AS$2.1 bilion bagi perbelanjaan pembangunan Nusantara pada tahun depan. -BERNAMA

Media Baharu