fb fb fb fb fb

Kereta api tergelincir, rempuh jentolak di Rusia

FOTO REUTERS

AMUR, 20 September- Sebuah kereta api tergelincir sebelum merempuh jentolak di Wilayah Amur, barat daya Khabarovsk Krai di Timur Jauh Rusia, mengakibatkan dua maut dan 14 lagi cedera.

Pelanggaran tersebut berlaku ketika beberapa pekerja sedang berada di salah satu platform kereta api pemasangan landasan.

Seorang pekerja maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital akibat kecederaan.

Pasukan kecemasan segera dikerahkan, manakala mangsa cedera dibawa ke fasiliti perubatan berhampiran untuk rawatan.

Pihak berkuasa membuka kertas siasatan atas kesalahan melanggar syarat perlindungan kerja sehingga menyebabkan kematian akibat kecuaian.

Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA