fb fb fb fb fb

Kereta api bertembung, dua kanak-kanak antara terkorban

Orang ramai mengerumuni dua kereta api penumpang yang bertembung di bandar Zagazig, pada Sabtu

KAHERAH, 15 September- Dua kanak-kanak antara tiga orang yang terbunuh dalam tragedi dua kereta api penumpang bertembung pada Sabtu di utara Mesir.

Ini merupakan kejadian terbaru dalam siri kemalangan maut yang melanda rangkaian kereta api Mesir, yang sering menghadapi masalah infrastruktur lama dan pengurusan yang lemah.

Kemalangan di Zagazig, kira-kira 80 kilometer (50 batu) utara Kaherah, turut mencederakan 49 orang, menurut kenyataan kementerian kesihatan di laman Facebook mereka.

Akhbar milik kerajaan, Al-Ahram, melaporkan bahawa dua kanak-kanak adalah antara yang terkorban.

Rangkaian kereta api di Mesir,adalah salah satu yang terbesar di benua Afrika, telah berulang kali mengalami kes kemalangan maut, meskipun 105 juta penduduknya sangat bergantung kepada pengangkutan rel.

Pada 2021, dua kemalangan dalam tempoh kurang daripada sebulan telah meragut lebih daripada 40 nyawa.-AFP

 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE