fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan: Lebuhraya, laluan kereta api ditutup di utara Sepanyol

Foto: REUTERS

MADRID, 15 September- Kebakaran hutan di wilayah Catalonia, utara Sepanyol memaksa perkhidmatan kecemasan mengarahkan penutupan lebuh raya utama AP-7 dan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi.

Kebakaran hutan di Agullana, dekat Girona, memaksa penutupan lebuh raya AP-7 dan rel berkelajuan tinggi dari Figueres ke sempadan dengan Perancis, kata anggota bomba.

Perkhidmatan bomba Catalan kemudian berkata ia telah mengawal kebakaran di kawasan itu.

Sebanyak 18 jentera bomba dan lima unit udara dihantar untuk memadam kebakaran hutan itu. - REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI