(Beratus-ratus orang yang menyokong rampasan kuasa di Niger berkumpul
pada 3 Ogos 2023 untuk perhimpunan besar-besaran di ibu negara Niamey/Foto AFP)
PARIS, 4 Ogos- Perancis pada Jumaat menolak tindakan junta Niger untuk membatalkan pakatan ketenteraan dua hala, dengan mengatakan kepimpinan 'sah' negara Afrika Barat itu sahaja berhak berbuat demikian.
"Rangka kerja undang-undang perjanjian pertahanan Perancis dengan Niger adalah berdasarkan perjanjian yang ditandatangani dengan pihak berkuasa Nigeria yang sah," kata Kementerian Luar Perancis.
Kenyataan itu dibuat selepas junta di Niamey memutuskan membatalkan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Paris.
Perancis terus menganggap Presiden yang ditahan, Mohamed Bazoum sebagai pemimpin yang sah di Niger.
Selain, kerajaan digulingkan itu adalah "satu-satunya yang diiktiraf Perancis dan seluruh masyarakat antarabangsa".
Kementerian Luar Perancis bagaimanapun, "mengambil maklum" kenyataan junta mengenai kerjasama ketenteraan itu, tambahnya.
Junta pada Khamis mengumumkan membatalkan pakatan ketenteraan antara Niger dan bekas pemerintah kolonial Perancis, yang memetik "sikap cuai" bekas pemerintah itu.-AFP
(Foto AFP)