(Foto Reuters)
SUDAN, 4 Ogos- Misi Bantuan Peralihan Bersepadu Pertubuhan Bangsa Bersatu di Sudan (UNITAMS) pada Khamis menggesa pihak bertelagah di Sudan menghentikan semua operasi ketenteraan dan menyambung semula rundingan gencatan senjata yang diadakan Arab Saudi, dan menyelesaikan krisis dengan aman.
Pertempuran antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dengan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus pada 15 April telah menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal.
Malah, menjadikan mereka hidup tanpa sumber mata pencarian asas.
Bercakap dalam satu kenyataan, UNITAMS menyatakan kebimbangannya yang mendalam mengenai konflik bersenjata ke atas orang awam di wilayah Darfur.
Selain mengutuk kerosakan kemudahan awam dan kematian dalam kalangan orang awam.
(Foto Reuters)
Pada Khamis juga, Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bersatu (FAO) mengeluarkan amaran bahawa masyarakat luar bandar di Sudan memerlukan bantuan kecemasan dengan segera dan memperkukuh bantuan kemanusiaan.
Ini kerana negara itu mengalami konflik yang berpanjangan dan kemerosotan ekonomi.
Anggaran terkini menunjukkan 42 peratus daripada penduduk di Sudan, atau 20.30 juta orang mengalami krisis makanan dalam tempoh Julai hingga September, meningkat dua kali ganda daripada Mei lalu.
Anggaran itu juga menunjukkan kira-kira 15 juta orang akan menghadapi krisis makanan dari Oktober ini hingga Februari depan, paling terburuk dalam rekod.
Untuk menangani krisis itu, FAO melancarkan kempen pengedaran benih kecemasan di Sudan untuk menyediakan penduduk tempatan dengan sumber yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pengeluaran makanan.-REUTERS