fb fb fb fb fb

Kenaikan inflasi jejas kuasa beli rakyat Argentina

Foto REUTERS

BUENOS AIRES, 12 November – Indeks Harga Pengguna (CPI) Argentina dijangka meningkat 2.2 peratus pada bulan Oktober, menandakan dua bulan berturut-turut kadar inflasi meningkat selepas mencatat kenaikan 1.9 peratus pada Ogos dan 2.1 peratus pada September, menurut tinjauan median agensi berita Reuters.

Penganalisis yang ditemu bual berkata kategori barangan dan perkhidmatan pelbagai serta hiburan menunjukkan peningkatan tertinggi pada bulan berkenaan.

Berdasarkan unjuran daripada 25 penganalisis tempatan dan antarabangsa, kadar purata CPI bagi Oktober 2025 dijangka meningkat 2.3 peratus, manakala kadar inflasi tahunan dianggarkan mencecah 31.2 peratus.

Negara Amerika Selatan itu baru sahaja selesai mengadakan pilihan raya separuh penggal pada hujung Oktober, yang menyaksikan parti liberal pimpinan Presiden Javier Milei memperkukuh kedudukan di Kongres, sekali gus meningkatkan peluang untuk melaksanakan pelan reformasi ekonomi yang diinginkan.

Anggaran daripada kalangan penganalisis menunjukkan julat kenaikan CPI Oktober antara minimum 2.0 peratus hingga maksimum 4.0 peratus.

Institut Statistik dan Banci Kebangsaan Argentina (INDEC) dijangka mengumumkan angka rasmi CPI bagi Oktober pada Rabu. - REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN