ASHDOD, 10 Jun- Kementerian Luar Israel berkongsi imej pertama Greta Thunberg di Pelabuhan Ashdod selepas bot ‘Freedom Flotilla’ dipintas.
Dalam satu kenyataan di X, kementerian itu memaklumkan penumpang bot berkenaan sedang menjalani pemeriksaan perubatan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan sihat.
Sebelum ini, tentera laut Israel telah menaiki dan merampas sebuah kapal amal yang cuba memecah sekatan laut di Jalur Gaza yang dilanda konflik.
Bot layar berdaftar British, Madleen, yang dikendalikan oleh Freedom Flotilla Coalition yang menyokong Palestin, bertujuan menghantar bantuan simbolik ke Gaza dan meningkatkan kesedaran antarabangsa mengenai krisis kemanusiaan di sana.-REUTERS