fb fb fb fb fb

Kementerian Kesihatan Malawi keluar amaran virus Marburg

(FOTO times.mw)

LILONGWE, 25 Mac-Kementerian Kesihatan Malawi dalam satu kenyataan mengeluarkan amaran penyakit virus Marburg yang telah meragut lima nyawa di wilayah barat laut Kagera, Tanzania.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha untuk Kesihatan Charles Mwansambo, turut memberi amaran kepada rakyat Malawi agar berhati-hati dan mengelakkan hubungan fizikal dengan mereka disyaki dijangkiti Marburg.

Rakyat juga diminta memakai sarung tangan dan alat pelindung diri yang sesuai semasa menjaga pesakit di rumah selain mengamalkan mencuci tangan dengan sabun dan air.

Kenyataan itu juga turut menyebut kementerian Kesihatan Malawi akan bekerjasama dengan beberapa badan kesihatan seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Pertubuhan Kawalan dan Pencegahan penyakit Afrika bagi memantau situasi di beberapa negara Afrika seperti Tanzania dan sentiasa mengemas kini maklumat bagi informasi orang ramai.-times.mw


(Virus Marburg/Foto times.mw)

Media Baharu