fb fb fb fb fb

Kematian selebriti hip-hop Sweden, dua individu ditahan kerana disyaki bersubahat

Foto Reuters

STOCKHOLM, 7 Jun- Pendakwa raya Sweden telah menahan dua orang yang disyaki bersubahat terhadap kes pembunuhan selebriti hip-hop yang dikenali sebagai C.Gambino, kata agensi pendakwaan pada Jumaat.

C.Gambino, yang menyembunyikan identitinya dan memakai topeng di khalayak ramai, telah ditembak mati di garaj tempat letak kereta lewat pada Selasa, dalam serangan yang disyaki berkaitan kumpulan kongsi gelap di Gothenburg, di pantai barat negara Nordic itu.

“Pendakwa raya telah menahan dua orang atas sebab yang mungkin disyaki membantu dan bersubahat dalam pembunuhan itu,” kata Pihak Berkuasa Pendakwaan Sweden dalam satu kenyataan.

Sweden telah bergelut selama bertahun-tahun untuk membendung keganasan yang dikaitkan dengan jenayah terancang.

Kes mati akibat ditembak di negara berpenduduk 10 juta itu telah meningkat, lebih daripada tiga kali ganda sepanjang dekad yang lalu hingga jauh melebihi paras di negara jiran.

C.Gambino, mempunyai hampir 1 juta pendengar bulanan pada perkhidmatan penstriman Spotify sebelum pembunuhannya dan bulan lepas telah memenangi anugerah muzik Grammis Sweden untuk selebriti hip-hop Sweden pada 2023.

Selebriti muda itu dinobat sebagai Artis Pilihan oleh Spotify dalam tempoh 24 jam yang lalu dan kadar pendengar bulanannya adalah sehingga 1.2 juta.

Mendiang penyanyi rap tidak boleh dikelirukan dengan artis Amerika, Childish Gambino.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM