(Premis perniagaan dan rumah rosak akibat kebakaran yang berlaku/Foto REUTERS)
AGUASCALIENTES, 22 Oktober- Kerja-kerja pembersihan diteruskan pada Jumaat selepas sebuah lori tangki bahan api merempuh jejantas di tepi laluan kereta api di tengah Mexico.
Kejadian tersebut mencetuskan kebakaran besar dan menyelubungi kawasan sekitar dengan asap tebal.
Rakaman menunjukkan kemalangan mengakibatkan rumah, premis perniagaan dan kaki lima hangus ketika pekerja mengalihkan serpihan di sepanjang landasan kereta api yang rosak.
(Kerja-kerja pembersihan di lokasi kemalangan diteruskan/Foto REUTERS)
Seorang saksi, Andres Rodriguez menyifatkan kemalangan "seperti filem" dan bau bahan api yang kuat di udara.
Seorang tukang besi tempatan yang perniagaannya berhampiran lokasi kemalangan, Marco Diaz berkata dia mendengar letupan dan melihat seluruh jalan terbakar.
Dua belas orang berjaya diselamatkan dari rumah berhampiran selepas kemalangan itu, bagaimanapun tiada sesiapa yang cedera.
Seorang mengalami kesan kecil akibat terhidu asap, kata pihak berkuasa sambil menambah pemandu trak itu telah ditahan.-REUTERS