fb fb fb fb fb

Kekurangan dana, bantuan makanan pelarian Sudan di Chad berisiko digantung

Salah sebuah keluarga pelarian sudan di Chad/Foto Reuters

GENEVA, 13 Mac -Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bantuan makanan terhadap ribuan pelarian Sudan di Chad bakal digantung bulan depan susulan ketiadaan pembiayaan tambahan kata pertubuhan berkenaan pada Selasa.

Menurut WFP, keadaan tersebut bertambah buruk dengan masalah kebuluran dalam kalangan pelarian berkenaan.

Sejak konflik meletus di Sudan setahun lalu,lebih daripada setengah juta pelarian Sudan memasuki Chad melalui sempadan di padang pasir yang luas.

Chad kini merupakan salah sebuah negara Afrika yang menjadi tumpuan pelarian yang dikatakan kini mencecah lebih daripada 1 juta orang.

Dalam pada itu, WFP turut berkata mereka turut bergelut khususnya dalam memberi para pelarian berkenaan makanan, malahan terdapat juga pelarian yang tidak mendapat makanan secukupnya.

Hampir separuh daripada kanak-kanak pelarian Sudan di bawah umur lima tahun mengalami anemia yang teruk.

"Kami telah pun menjimatkan kos operasi kami menyebabkan orang yang kelaparan hampir mati kelaparan," kata Pierre Honnorat, Wakil dan Pengarah Negara WFP di Chad.

"Kami memerlukan penderma untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi malapetaka", tambah Honnorat.

Honnorat turut menambah agensi itu dengan segera meminta AS$242 juta untuk memastikan sokongan berterusan untuk enam bulan akan datang.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD