fb fb fb fb fb

Kejuaraan Pemandu Bas tonjol kemahiran dan kesedaran keselamatan

Kejuaraan Pemandu Bas dan Bas Persiaran Sweden/ REUTERS

STOCKHOLM, 2 September – Seramai 20 pemandu bas dari seluruh Sweden menyertai Kejuaraan Pemandu Bas dan Bas Persiaran Sweden pada Selasa, yang dianjurkan bagi meraikan kemahiran diperlukan untuk menjadi pemandu bas cemerlang.

Sepanjang pertandingan, para peserta perlu menunjukkan penguasaan teknologi dan kesedaran keselamatan selain sikap mesra pelanggan melalui pelbagai ujian seperti manuver ketepatan dan mengundur, memadam kebakaran, berkomunikasi dengan penumpang serta mempamerkan kemahiran bantuan pernafasan (CPR).

Menurut penganjur, pertandingan itu bertujuan mengangkat martabat profesion tersebut, serta menarik perhatian terhadap masalah kekurangan pemandu di Sweden yang disifatkan sebagai isu serius bagi masa depan pengangkutan awam.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI