PENTAGON, 11 Februari - Russia mengukuhkan kedudukan pertahanannya di sepanjang sempadan Ukraine dengan menghantar 100,000 lagi anggota tenteranya di sempadan kedua-dua negara.
Jurucakap Pentagon John Kirby berkata, pemantauan dalam tempoh 24 jam lalu mendapati ada pertambahan pergerakan dari Russia menuju sempadan Ukraine dan Belarus.
"Dan jumlah itu terus terus bertambah, tetapi apa yang penting bukan hanya nombor, ia adalah keupayaan. Dan apa yang kita lihat adalah beliau (Putin) benar-benar meletakkan apa yang kita panggil keupayaan senjata gabungan," kata John.
John berkata, pihaknya yakin dengan angka 100,000 tentera merujuk kepada kenyataan Presiden Russia Vladimir Putin.
Menurutnya, Putin akan terus menambah keupayaan dan Pentagon juga boleh melihat pertambahan batalion kumpulan taktikal yang kini dalam perjalanan.
Kenyataan Kirby itu dibuat ketika White House memaklumkan Presiden Amerika Syarikat AS, Joe Biden mendapat taklimat daripada rakan sejawatannya dari Perancis, Emmanuel Macron mengenai pertemuan dengan pemimpin Russia dan Ukraine.
Macron bertemu dengan Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky minggu ini dalam usaha mencari jalan keluar diplomatik daripada krisis yang dicetuskan oleh Russia. - AFP