FOTO AFP
TRIPOLI, 11 Februari - Parlimen Libya melantik bekas Menteri Dalam Negeri, Fathi Bashagha sebagai Perdana Menteri baharu.
Ia sekali gus menyaksikan negara itu kini memiliki dua Perdana Menteri.
Menurut jurucakap parlimen, Dewan Perwakilan Libya meluluskan sebulat suara pelantikan pesaing Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, Abdulhamid Dbeibah itu.
Pelantikan Perdana Menteri kedua tersebut dijangka mencetuskan perebutan kuasa di negara bergolak itu sekali gus mengeruhkan konflik antara Kerajaan di timur dan Dbeibah di barat bandar Tripoli.
Undian dibuat beberapa jam selepas konvoi Dbeibah diserang.
Beliau dilaporkan terselamat daripada cubaan bunuh oleh beberapa individu yang didakwa menembak kenderaannya.
Dbeibah dilantik sebagai ketua Kerajaan Perpaduan Nasional, tahun lalu sebagai sebahagian daripada usaha damai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).-AFP